Friday, 25 December 2015

Cuti - Masa Rehatkan Minda Di Desaru ....

Semalam 25 Disember 2015 , setelah penat berkerja ..sesekali teringin bawak anak-anak jalan-jalan.

Kemana ? - sekitar Desaru...lama dah tak pergi sana..

Sempat ambil beberapa gambar dan video buat tatapan ..

Pada yang tak biasa tempat ni - Inilah Peta Sekitar Desaru...




Tempat pertama dilawati Pengkalan Feri - Tg Belungkor , Desaru.Tak pernah pergi sini..


Biasalah..ambillah gambar kat situ...


Rekod Perasmian Feri Tg Belungkor

Lepas tu menuju ke Sg Rengit ,, masa pun dah tengahari ..


Sampai di Sg Rengit - singah kejap satu warong tepi laut.
Cantikkan, anginnya kuat  bukan sepoi-sepoi ...dari sini nampak kapal banyak berlabuh di laut
Nampak tak platform untuk cari gali minyak sedang berlabuh/dibina..disini.




Memang tak rugi datang kat sini....

Warung yang aku singah yang masak Mak Cik ..orang tempatan.Kata isteri ku , kalau Mak Cik masak mesti sedap..yanglah orang lama dan berpengalaman.
Betul - memang sedap...

Lepas tu pergilah sembahyang Jumaat, di masjid Sg Rengit..ramai orang Bangla semasa dimasjid ni

Yalah pekerja di projek-projek yang banyak di Pengerang ni..Projek Petronas !

Lepas tu jalan-jalan disepanjang jalan dari Sg Rengit ke arah Teluk Ramunia





Sempat ambil video persekitaran di Pantai Tg Balau..memang cantik
Tapi kalau mandi hati-hati...ombak besar wooo...


Ya ..satu yang jarang kita lalu..jambatan merentas Sg Johor dari JB ke Desaru..

Cuma terfikir , kenapalah berhampiran atau ditepian jambatan ni tak di bina tempat rehat untuk mereka yang lalu sini...sayang

Kan bagus kalu dibina sekurangnya ..mereka boleh menikmati keindahan sekitar jambatan ni....sambil makan-makan....




Jambatan Sg Johor dari U Tube yang aku jumpa...


Dari U Tube - bila lalu jambatan ni...



Monday, 19 October 2015

Hartanah Info ...

Sejak kebelakangan ini, berminat aku ingin tahu berkenaan hartanah.

Ini sekadar rekod info untuk rujukan ku dan sapa-sapa yang sudi berkenaan hartanah.

Buat apa lokek-lokek pasal ilmukan...dikongsi semoga dapat pahala...

1. www.hartanahdisini.com

2. www.abubakarabdullah.com

3. www.inspen.gov.my





Manalah tau jadi sumber cari rezeki satu masa nanti. Amin !

Saturday, 17 October 2015

Koleksi Blog Ku !

Salah satu hobi ku - mengumpul info dari pelbagai sumber , buat tatapan diri , anak-anak dan sesiapalah yang sudi.

Ada sesetengah blog tu , tidak dapat diubah kandungannya sebab aku terlupa - kod untuk edit atau menokoh tambah atau buat pembetulan.

Yalah , zaman sekarang ..banyak urusan aktiviti kena ada kod , macam-macam kod .Kod bank , ATM, dan macam-macamlah.

Untuk tujuan peribadi ku dan berkongsi info buat amal kebajikan berikut beberapa blog ku yang aku rasa perlu aku rekodkan.

Untuk tengok - Klik saja pada alamat tersebut...

1. http://mohdiza.blogspot.com   ..koleksi album keluarga.

2.http://geologiinfo.blogspot.com

3.http://infosain.blogspot.com

4. http://lamanteknikal.blogspot.com

5. http://upsr-matematik.blogspot.com

6. http://e-safety4u.blogspot.com

7. http://list4me.blogspot.com

8. http://mengembaradialammaya.blogspot.com

9. www.webkita.webs.com


Nama webkita ni aku coba tukar kepada nama yang baru,Nama yang sesuai Web Ku ! tapi minta bayaran pulak si webs.com ni..tak apalah ..

Semoga perkongsian info ni mendatangkan kebaikan,Amin.





SKS Pavillion !

Semoga Allah beri ku kesihatan dan dapat bersama-sama rakan-rakan sekerja yang ada sekarang untuk membina projek di bawah ini dengan Jaya dan Selamat.Sambil mencari rezeki buat meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Amin...







Friday, 16 October 2015

Projek Tahun Akhir !

Tahun akhir pindah dari kampus Lembah Pantai ke UKM Bangi...

Jadi pelajar-pelajar seangkatan ku dari UKMS merasa 3 suasana berbedza ..di Sabah , di KL dan di Bangi....Banyak pendedahan dengan persekitaran baru.Menyesuaikan dengan suasan baru , itu kebaikannya..

Setiap pelajar tahun akhir ,kena buat projek.Bila senarai projek di tampal di papan kenyataan , aku kena buat pilihan.Apa tajuk dan di mana kawasannya ?Nak cari yang dekat dengan kampong, tak ada...

Aku pilih tajuk " Kajian geologi di kawasan Kulim Kedah ".Lebih kurang tajuknya macam tu, tak berapa ingat dengan tepat.

Aku pun buat persiapan , apa yang patut.Sampai masa pergilah ke Kulim.Naik bas dari KL malam,menuju Bukit Mertajam ..sampai di Bas Stationnya pagi.

Mana nak tuju ni ? Berpandukan peta yang ku bawa , aku naik bas ke arah Kg Karangan , Kulim.

Pada ketika itu jalannya melalui beberapa kampong , estet dan ladang...Mana nak turun ni ? Berpandukan peta , lalu kawasan kampong yang terletak lebih kurang di tengah kawasan /skop kajian , aku bunyikan lonceng bas .turunlah..Bila turun , perhati kawasan sekitar , nampak satu warong tepi jalan . Aku tuju ke warong tu.Tujuannya ? Cari tempat tinggal...

Aku pergi seorang, tiada kawan , tiada kenalan di kulim tu,,kali pertama ..Betul-betul serah nasib pada Allah saje.Macam pengembara !

Sampai di warong ,..kenalah 'ringan' mulut .Tanya Pak Cik tuan kedai, Pak Cik, boleh saya tau mana rumah Ketua Kampong Karangan ni ? Katanya ..tu ..tak jauh dari sini , katanya.

Tapi, sebelum ke ruamah ketua kampong, ada hamba Allah , ajak ke rumahnya untuk tinggal beberapa hari di Kulim. Terima kasih banyak...

Dalam hati.Alhamdulilah , selesai satu masalah.Tempat tinggal...

Tuan ruamh , begitu baik.Dia pinjamkan basikal , untuk digunakan bagi membuat pemerhatian Geologi kawasan tersebut.

Beberapa hari di sana , banyak kawasan aku buat pemerhatian geologi ..ambil data, sampel batuan,foto lapangan dan sebaginya.

Salah satu batuan utama kawasan ni Granite.Rupanya seperti di bawah ni

Coarse grained granite

Lokasi tempat kajian sekitar Kg Karangan , Kulim , Kedah

Nak lihat peta kawasan dan Aerial Photografi kawasannya klik link di bawah

https://www.google.com.my/maps/@5.5169623,100.6250625,23676m/data=!3m1!1e3?hl=en

Sempat juga ke Jabatan Galian di Kulim.Jumpa pegawainya , dengan murah hati beliau menunjukkan peta lengkap kawasan Kulim dan kawasan-kawasan yang mengandungi galian bijeh timah !

Apa yang membimbangkan ketika merayu di sekitar ladang-ladang ,belukar dan hutan di situ ?
Anjing-anjing liar....

Bayangkan seorang-seorang jalan tiba-tiba ternampak 3-4 ekor anjing liar...Aku hanya berdoa ajelah Alhamdulilah selamat...

Begitulah secara ringkas , catatan semasa menjalankan projek tahun akhir U.

Terima kasih banyak kepada Pensyarah ku - Prof Juhari Mat Akhir.Semoga beliau sihat,sejahtera dan bahagia dunia & akhirat bersama seisi keluarganya.Amin!





Wednesday, 14 October 2015

'Field Work ' Di Langkawi



Krusus pengkhususan  tahun 3 di UKM ..aku mengambil Geologi.

Pada tahun 3 , dipindahkan ke UKM Lembah Pantai , tinggal di seksyen 17.Seronok juga..

Bila petang khamis , kalau tak silap selalu pergi Masjid India KL, dengar ceramah agama ..buat tambah ilmu dan tenangkan fikiran.

Di tahun 3 , pelajar yang ambil jurusan ini kena buat 'field work' di Pulau Langkawi.Tentulah seronok sambil belajar...

Langkawi ..di dapati batuan tertua di Malaysia.Pergi bersama kawan-kawan menaiki Land Rover U dari KL hingga ke Kuala Perlis ! Naik bot dari Jeti Kuala Perlis ke pekan Kuah , Langkawi.

Pandangan Dari Udara Pulau Langkawai - Sila Klik Pautan Di bawah


Hendak tau berkenaan sejarah Geologi Pulau Langkawi , layari web di bawah


Nak tau lebih lanjut berkenaan Geologi layari web ini

http://geology.com

Beberapa info yang lebih mendalam berkenaan Geologi Langkawi seperti berikut ;


Dulu pernah aku mengumpulkan banyak U Tube berkenaan Geologi
Sapa ambil subject ni elok tengok.
Sesuai juga kepada murid-murid sekolah atau pelajar kejuruteraan awam

http://geologiinfo.blogspot.com

Pulau Langkawi - Keindahannya



Hari ni, aku cari gambar-gambar lama semasa di U dulu,,,,Ooooo nasib baik ada.

Itu tanda aku menghargai kenangan silam ..jadi bahan sejarah diri dan keluarga serta teman-teman seangkatan.

Di bawah ni gambar-gambar kenangan semasa 'field work' di Pulau Lagenda tu


Mana Mohamad ? Yang tak pakai baju hheeee

Tuesday, 13 October 2015

Belajar Di Bumi Sabah !




Sebelum aku meneruskan catatan , Selamat Menyambut Tahun Baru 1437H semoga tahun baru ini dipenuhi dengan amalan yang lebih baik dan berfaedah dan semoga jauh dari perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ringkasnya semoga lebih diredahi oleh Allah...

Rasanya catatan belajar ni tak lengkap kalau tidak mencatat apa yang di alami ketika belajar selepas peringkat STP.

Ringkasnya selepas , tingkatan 6 aku mendapat peluang belajar di UKMS selama 2 tahun selepas tu setahun di UKM lembah pantai dan tahun akhir di UKM Bangi....sebenarnya dalam universiti yang sama cuma berpindah tempat pengajian.

Seronok juga dapat rasa banyak tempat ..kata orang jauh berjalan/merantau luas pandangan !

Di Sabah .. kampus sementara UKM terletak di Bukit Padang sebelum kampus tetap siap dibangunkan di Sabah.Secara ringkas begitulah....

Seingat aku masa tu..tinggal jauh dari kampong ..tak ada lagi h/phone macam sekarang.Nak tau keadaan kampong , kena hantar surat atau taligram !

Seolah-olah hubungan terputus..tentulah rindu dengan keluarga di kampong...Nasib baik ada keluarga angkat di sana.Keluarga kawan ku di Sabah ..Amin Senin.

Kadang-kadang hujung minggu , pergi ke rumah keluarga sdr Amin..baik layanan mereka.Terima Kasih banyak.Semoga keadaan mereka aman sejahtera..Dapat rasa suasana masyarakat Sabahan.Mereka baik-baik..Segala-galanya masih ku ingat.

Semasa program suaikenal di Sabah..pihak U ada membuat program lawatan ke tapak universiti berhampiran bangunan Yayasan Sabah.Selepas tu ada juga lawatan ke bangunan tersebut.Cantik bangunan yayasan ni...berbentuk bulat...Aku coba dapatkan gambarnya dari alam maya.Aku coba sekarang...harap-harap ada...


Ya inilah bangunannya...

Sekiranya anda ingin tegok lebih dekat bangunan ini sila layari blog di bawah ni

http://kulanzsalleh.com/melawat-ke-menara-tun-mustapha/

Seingat aku , ada juga aktiviti menyusuri pantai-pantai berhampiran tempat ni...Oh ya elok aku setkan lokasi tempat ini dalam page blog ni. aku set sekarang...

Ya .saya dah setkan lokasi bangunan ni..

Cuba klik di bawah ni - Lokasi Bangunan


Dulu sekitar tahun 1979 , tentulah tempat ni tak macam ni..sekarang tapak tu dah jadi Universiti Malaysia Sabah !

Di Kota Kinabalu..masa cuti ..tak dapat balik kampong..maklum ajelah..ada juga buat perkelahan bersama-sama di Pulau Sapi.Tapi sekarang di namakan Taman Laut Tunku Abdul Rahman.Cantik betul pulau ni..

Seingat aku semasa pergi dengan kawan-kawan naik perahu dari KK ( Kota Kinabalu )..mula-mula seronok betul ..tengok dasar lautnya cetek , jernih , ..sangat cantik.Selepas bot mangkin jauh dari tebing , mula bergelombang , makin lama makin besar.Wooo disinilah aku mula cemas , air laut sejengkal aje dari tepian bot.Bayangkan ..masing-masing hanya berdoa semoga selamat.!

Itulah salah satu peristiwa yang mencemaskan dalam hidup ku.Syukur Alhamdulilah Allah selamatkan...

Coba aku cari pulau ni di Internet



Semasa di Sabah memang banyak kenangan indah...salah satu semasa cuti semester , pihak U mengadakan Khidmat Masyarakat di Kg Layang Layang , Labuan Sabah.

Pergi semua pelajar naik kapal TLDM dari pelabuhan Kota Kinabalu , sampai di pulau tu malam , lebih kurang pukul 11 mlm.

Di sambut dengan ahli keluarga , aku dapat tinggal bersama dengan keluarga namanya Mohamad juga.Sekarang di manalah dia sekeluarga ..Semoga mereka sihat sejahtera dan harap bertemu satu ketika nanti..Isha Allah aku akan coba cari kalu dapat dari bantuan IT alam maya .Cobalah...

Aku ada simpan foto-foto semasa di Sabah.Harap tak hilang..nanti balik aku cari....Harap masih tersimpan.

Ini web berkenaan Kampong Layang-Layang Pulau Labuan Sabah


Memang banyak catatan manis semasa di Sabah.

Gunung Kinabalu..seronok rasanya bila pihak U membuat aktiviti mendaki Gunung Kinabalu.
Peluang dapat pergilah..

Perjalanan sehari dari KK ke kaki gunung tu..Tidur semalam di kaki gunung .Esok paginya bertolak naik hingga ke kem Sayat Sayat ..kalau tak silap Dah lama tak ingat.

Tidur di situ , lepas tu bangun awal lebih kurang pukul 3 pagi dan bertolak naik hingga kemuncak.

Bila sampai di atas ..wooo..cantiknya....Foto-foto tu harap ada di rumah , boleh aku masukkan lain kali di blog ni..



Oh ya .Video ni aku ambil dari U Tube..masa tu rasanya belum ada Tube..tube macam ni
Sekadar nak tunjuk suasana persekitaran gunung tu..
Maklumlah - tak silap pendakian yang saya buat pada tahun1979
Dapat sijil , sayang sijil tu dah hilang pulak...

Oh ya .Rasanya catatan belajar di Sabah ini takkan lengkap kalau aku tak sertakan sedikit kisah.
Di sinilah aku berkawan dan bersahabat dengan ramai kawan..Salah seorang sahabat baik ku adalah Hj Azam Bin Taib .Tinggal di Kuala Terengganu..banyak kisah bersamanya.

Tahniah juga beliau ..dalam bekerja beliau sangat 'commited' , tak heran bertugas sebagai Vice Chairman di salah satu syarikat konglomerat di Malaysia.

Gambar beliau bersama keluarga yang ku ambil dari FB nya


Banyak kisah bersamanya...

Semoga beliau sekeluarga aman , sihat dan sejahtera selalu

Bersambung.....



Tingkatan 6 - Sek Men Sains Negeri Sembilan Kuala Pilah.

Secara ringkas , selepas SPM aku mendapat tempat belajar di Tingkatan 6  di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Sekolah ini sekarang telah ditukur nama kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Jaafar.

Sejarah sekolah ni kita boleh baca dari info di Wekipedia...

Seingat aku ..semasa di sini jumlah kelas tingkatan 6 ..dua kelas .Kelas ku muridnya lebih kurang kalau aku tak silap 40 orang. Murid lelaki hanya 3 orang ! .Aku , Mohd Talib dan Amin Senin dari Sabah..

Aku tak lupa ..saat di mana arwah ayah ku menghantar aku untuk pendaftaran di sini...Bila ayah ku bertolak pulang..menitislah air mata ku, maklumlah tidak pernah terpisah sebelum itu...Ya masih ingat saat itu...

Setelah tamat tingkatan 6 ..aku dan rakan ku Mohd Talib ke UKMS di Kota Kinabalu sementara rakan lelaki ku yang seorang Amin Bin Senin di USM Pulau Pinang ...

Oh masa tu .paham ajelah jauh dari kampong...balik bila cuti penggal saje..Hujung minggu paling jauh pergi ke bandar Kuala Pilah.Sanak saudara di situ tak de...

Gambar sekolah ni ..boleh lihat seperti info-info di bawah



Face Book nya

https://www.facebook.com/Sekolah-Menengah-Sains-Tuanku-Jaafar-338242979554391/timeline/

Laman Webnya

http://smstj.ppictusm.com/

Setelah beberapa tahun , tak jumpa kawan lama ...satu ketika aku dapat pangilan dari seorang insan ..rupanya rakan lama sekolah ini Sdr Amin Senin .Dari FB nya inilah salah seorang rakan ku semasa di Sek Men Sains Negeri Sembilan..



Jumpa melalui FB lah....diam-diam bertugas sebagai kalau tak silap Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan di Putra Jaya.Tahniah sahabat....!Maaf kalau info ni tak begitu tepat...rasanya aku masih simpan kadnya...Semoga sejahtera selalu hendaknya beliau...

Begitulah hidup ni..masa berkawan dulu seorang ..seorang , tapi selepas masa berjalan berpuluh tahun , berjumpa dengan situasi baru ..anak-anak dah ramai ..dan sebagainya.

Lepas beberapa bulan terima undangan hadir ke majlis perkahwinan 2 anaknya serentak di Dewan
Besar UPM serdang....

Itulah satu perjalanan hidup.....berpisah dan jumpa semula.Itu jumpa di dunia.

Bayangkan jumpa di alam akhirat ...Aku tak dapat bayangkan...Semua tu patut jadi bahan fikir kita semua bahawa ..jumpa semula dengan kawan , ibubapa ..akan berlaku baik di dunia atau akhirat.

Itu Kuasa Allah ..

Wassalam




Monday, 12 October 2015

Sekolah Menengah Dato Bentara Luar Batu Pahat

Selepas tamat belajar di Sek Men. Kebangsaan Yong Peng , keputusan ku membolehkan sambung belajar di Aliran Sains.

Masa zaman tu dapat masuk Aliran Sains ..sangat seronok !!

Sekolah Dato Bentara Luar Batu Pahat , lebih kurang 17 km dari kampong ku...

Mulalah setiap pagi selepas subuh ..jalan kaki ke tempat menunggu bas jalan Yong Peng - Muar.Gelap-gelap dah kat tepi jalan raya tunggu bas berwarna kuning.....masa tu seorang aje dari kampong...

Masih segar dalam ingatan - bas tu bila sampai bercahaya terang dalam basnya, ..dalam bas sempat tidur kejap...bunyi bas tu pun masih ingat !

Kalau tertinggal naik bas biasa atau tumpang Land Rover ayah kawan dari Yong Peng !...

Kalau naik bas biasa ..turun di simpang empat Batu Pahat...jalan kaki lebih kurang 2 km ..ke sekolah.
Sampai kelas dah mulalah....Balik naik bas sekolah, sampai rumah dekat pukul 3 ptg.Begitulah tiap hari selama 2 tahun ! Memang penatlahhhh.

Info dari web berkenaan sekolah ni agak bagus...

Alamat web sekolah ni 





Macam biasa FB nya

https://www.facebook.com/SDBL-113224638754234/timeline/

Semasa di sekolah ni..aku belajar seorang-seorang di rumah !
Kena berdikari sendiri..
Kata orang - Pandai pandai la nak hidup




Sekolah Semasa Di Tingkatan 1 - 3

Selepas habis sekolah rendah sambung di Sekolah Menengah Yong Peng.Ia terletak di pekan Yong Peng.

Pergi sekolah menaiki bas sejauh lebih kurang 3 batu.

Dari info di Internet , FB nya seperti berikut


Kadang-kadang bila balik kampong masa cuti ada juga tengok-tengok sekolah ni...

Bila kita pergi tengok sesuatu tempat yang pernah kita rasi beberapa lama memang boleh terkenang segala-galanya peristiwa yang berkaitan dengan tempat tu..cuma mungkin tak dapat ingat tarikhnya.

Ingatlah di mana kita makan bila rehat , berkebun disekolah untuk pelajaran Sains Pertanian , suasana main bola , ingat suasana ketika belajar di kelas , sapa kawan-kawan kita..dan macam-macam ingatan..Bila macam ni baru kita ingat..kat manalah kawan-kawan kita dulu ? Si anu di mana ya ?
Dan macam-macamlah...

Dengan perkembangan teknologi , akhirnya hampir 30 - 40 tahun boleh jumpa di FB dsb.

Inilah satu kebaikan FB..tidak boleh dinafikan dalam menemukan semula rakan-rakan lama dsb.

Beberapa info dan aktivitinya  dari Internet berkenaan sekolah ni seperti di bawah ni..Sapa yang pernah belajar di sekolah ni mengimbas kenangan masa lepas di sini ya





Pada ketika itu ingatlah kalau ada aktiviti petang, balik kena jalan dari sekolah ke bas station lebih kurang 1.5 km melalui rumah-rumah cina ...perkampongan melayu..bukit jambu kalau tak silap.

Pada masa tu matapelajaran matematik di sebut Ilmu Hisab..


Sunday, 11 October 2015

Jejak Jejak Alam Persekolahan Ku !

Lepas ni apa nak tulis dalam blog ni ya ?

Bila ingat ..whatsapp group kawan-kawan sekolah lama terfikir dan timbul idea , apa kata aku tulis dan buat sikit pemerhatian sekolah-sekolah lama tempat aku menuntut ilmu hingga tamat pengajian..

Wah..rasanya seronok juga..dengan sumber yang banyak di alam maya ni.

Sekolah pertama ku ? Namanya Sekolah Kebangsaan Seri Tengah Yong Peng..

Setau aku , dan seingat aku .asalnya ia sebuah sekolah kayu ..bangunan kayu..gambar lama tak de.

Aku search dalam Internet info sekolah ni seperti di bawah :


Tak sangka - ada info sekolah pertama ku dalam Wikipedia !

Blognya pun ada ..

http://skseritengah.blogspot.my/2010/02/blog-post.html

Face Book nya pun ada....maklumlah dah di zaman IT ni..

https://www.facebook.com/SK-Seri-Tengah-159639557405065/timeline/


Inilah sekolah ku dari darjah 1 -  6 !

Tak macam sekarang

- Dulu pegi sekolah jalan kaki lebih kurang 1 batu.
- Sarapan kat sekolah , lontong murah..tak silap 20 sen/pinggan kecik !
- Petang-petang cari kayu api !..
- Hujung minggu ramai-ramai pergi kampong Parit Guni ..beli rambutan ,  ..itulah nak tau zaman kecik.H/Pone tak de ..tak terfikir dalam otak akan ada cam sekarang...


Jauh...jauh betul dengan budak zaman sekarang ...

Terima kasih banyak kepada guru-guru yang telah mendidik hingga aku jadi seperti sekarang.

Alhamdullilah ..

Persekitaran sekolah rendah ni seperti video U Tube berikut


Selepas ni nak cari info - Sek Menengah Kebangsaan Yong Peng pulak.Wassalam



Friday, 9 October 2015

Sempena Hari Jadi Ku !

Hari ini adalah hari jadi ku yang ke 56 ..

Genap 56 tahun aku tinggal di planet bumi ni....Apa nak ku ucapkan ?

Rasanya kepada Allah aku patut mengucapkan syukur kerana memberi aku ..nafas ,..oksigen ..dan pelbagai nikmat yang tak boleh habis ditulis banyaknya nikmat yang kita terima...

Aku jadi termenung seketika ...56 tahun lagi di mana ya ?

Kalau bayangkan tu...tak taulah..rupanya hanya pada Allah kita mengharap belas kasihannya ye.....

* Aku teringat arwah anak ku Mohd Khairi ..semoga rohnya dicucuri Rahmat. Amin

* Kepada Ibu , isteri tersayang , anak-anak ku yang dikasihi,,,, , ahli keluarga

* Sanak saudara , rakan-rakan dan sapa saje yang mengenali diriku

TERIMA KASIH ..banyak diatas sokongan - usaha , nasihat , RM , masa dan sebagainya selama ini...

Akhir kata saya mengharap semoga semuanya aman , bahagia dunia dan akhirat.Amin

Oh ya ..sebagai kenangan ole-ole yang ku terima baik aku simpan dalam blog ni..

Pagi-pagi lagi dapat hadiah kek 'alam maya' dari isteri ...

Hadiah ke dua .yang ku terima ..sangat kreatif...

Terima kasih banyak...hadiah seperti di bawah...Itu pun satu penghargaan kan .Terima Kasih.


Lagu Bagus - Bersyukur  ....







Nasihat sempena Hari Jadi

Cuma aku teringat satu kata-kata iaitu - " Orang Yang Bijak Adalah Orang Yang Membuat Persediaan Untuk Kehidupan Di Alam Akhirat ".

Itu aje ..sempena Hari Jadi Ku....

Mohamed






Tuesday, 6 October 2015

Buat Anak-Anak Ku..!

Beberapa gambar bersama anak-anak di masa lalu ..




Di Muzium Kuala Terengganu...


Beraya di kampong ..rumah ayahbonda ....




Baru-baru lepas di majlis pengantin di Segamat ..


Di Mekah ...Mei 2015


Nak berangkat ke Jordan ....




Buat anakku yang disayangi..semoga dicucuri Rahmat selalu..Amin


Rumah semasa di Pulau Kambing , Kuala Terengganu ...



Monday, 28 September 2015

Bacaan Al Quran - Kanak-Kanak !


Dalam FB banyak sangat Video-video yang pelbagai ragam dan hal.
Bukanlah tak baik , cuma bimbang habis masa tengok ..

Yang penting kita baca dan dengar Al Quran ..bimbang makin kurang kita menghayatinya.

Jadi terfikir aku nak kumpulkan beberapa video yang mengingatkan kepada kita

Lihatlah , dengarlah dan bacalah Al-Quran..







Sunday, 27 September 2015

Info Bagus Untuk Di Kongsi !

Dulu aku ada menyenaraikan beberapa web atau blog yang berfaedah buat rujukan kita

1. Satu berkenaan senarai rumah anak-anak yatim di Malaysia , alamatnya


2. Satu lagi berkenaan pelbagi maklumat ilmu pengetahuaan berkenaan Islam,
alamatnya


Kalau ada masa , mana tau anda banyak RM nak disedekahkan bolehlah sedekah kat rumah anak-anak yatim !






Friday, 25 September 2015

Buat Kenang-kenangan ! Di Jordan ....



Waktu pagi mendarat di Lapangan Terbang Jordan !























Maklumat lanjut berkenaan kolej ini sila layari


Mudah-mudahan Allah berikan rezeki semoga dapat melihat bumi Allah yang indah...
Semoga menambah keimanan kita kepadaNya.

Amin



Scaffolding !

Scaffold ( Perancah ) salah satu struktur sementara yang penting untuk kerja binaan.

Seperti T.Crane ..ia juga sangat penting..

Secara ringkas .Ia perlu di pasang oleh pekerja yang kompetent.Diperiksa oleh orang yang kompetent juga...

Sebenarnya pada semua bahagian yang mengunakan sokongan Scaffold perlu di pasang dengan betul dan kuat.

Dari pemerhatian ku , jika tinggi struktur slab/beam yang hendak disokong maka perancah perlulah lebih kuat dipasang ..secara double atau lebih.Ikut beban yang perlu ditanggung !

Kalau di pasang di tepian bangunan..lagi perlu diteliti betul-betul..


Perlulah diingat Profesional Engineer (P.E.) diperlukan bagi merancang susunatur scaffold yang akan dipasang di tapak binaan.Keperluan ini ada dinyatakan dalam Akta Kilang dan Jentera ( Kerja Pembinaan ).Untuk lebih memahami sila rujuk akta ini.....




Penyejuk Mata....

Sesekali aku suka melihat gambar pemandangan..berikut beberapa pemandangan yang aku suka tengok buat tenangkan jiwa..buat hilangkan penat lelah...





Cara Baca Load Chart & Hand Signal

Load Chart sangat penting sebagai panduan aktiviti mengangkat barang mengunakan kren.

Mari sama-sama memahami dengan melihat U-tube ni ..


Bagi membantu kren operator , tugas signalman diperlukan seperti di bawah ni....






Wednesday, 23 September 2015

Selang Seli Kerja !

Sempana Hari Raya Korban..baliklah kampong..

Yalah masa kerja ..kerja.Masa beraya..rayalah.Hidup tak kan nak fikir kerja aje..

Kalau difikir ..kerja adalah untuk menyambung hidup ..tapi bukan tujuan hidup .Betul tak ?

Di kampong ..sambil rehat-rehat ternampak satu Kalendar ..Isinya bagus ..banyak kata hikmat di dalamnya .Ingin aku catatkan sebahagian yang aku baca sebagai Panduan Hidup seharian

1. Hidup ini,kalau kita tidak mendapat apa yang kita suka, sukailah apa yang kita dapat.Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripada Allah. ( Nasihat Orang Tua ).

2. Perkara yang penting itu adalah urusan akhirat.Kita semua akan mati ....

Tetapi berapa ramaikah daripada kita yang ambil peduli dengan urusan akhirat ?
( Nasihat Ustaz ).

3. Dalam mendidik anak, utamakanlah perkara yang asas iaitu solat dan baca Al-Quran.Selesaikan ilmu fardu ain sebelum anak-anak cukup umur.In Sha Allah , perkara-perkara yang selain dari itu akan jadi mudah untuk anak-anak. ( Nasihat Ustaz ).


4. Sesiapa gembira dengan kebaikannya, dan sedih dengan keburukannya, dia adalah Mukmin.

( Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad & Imam Al- Hakim ).

5. Setiap kata-kata itu adalah doa.Kalau berkata baik , maka baiklah yang berlaku.Kalau berkata buruk , maka yang buruk akan berlaku (hartawan beriman )


Dari 1 - 5 di atas , saya taip seperti asal catatannya.

Semoga jadi panduan termasuk diri saya sendiri.wassalam

Tuesday, 22 September 2015

Crawler & Mobile Crane

Biasanya di awal-awal pembinaan , semasa peringkat kerja 'Ground Work ' dua jenis crane ini biasa digunakan....

Tanpa crane ini ..Tower Crane agak sukar untuk dipasang..

Beban yang diangkat mengikut kapasiti kren tu lah...dalam bahasa mudah makin berat kren tu makin berat juga beban yang boleh di angkat.

Tapi ingat...tiap kren ada limit/had nya..bukan main angkat aje ...

Disinilah perlunya " Load Chart " untuk kren dan Tower Crane....

Baru-baru ni aku terjumpa video - pasal keupayaan kren ni..rasanya di M'sia belum ada demo macam ni..Mari kita tonton..!


Woooo..hebatkan....

Aku rasa ..bukan aku rasa , memang mereka dah kira sebelum angkat...!

Crawler crane - berantai
Mobile crane - bertayar

Biasanya sebelum crane ni beroperasi, kenalah periksa sikit.

- PMA ok tak ? masih hidup ?
- Operatornya ada sijil tak dari JKKP ? Masih hidup ?
- Keadaan crane tu
- Selalu aku tanya , dah berapa lama bang/pak cik bawa kren ?
Kalau dia jawab dah 3 , 4 tahun..maknanya berpengalaman dan menyakinkan...tapi kalau baru dapat lesen...emmm kenalah monitor lebih sikitkan...
- Keadaan tapak ? Ini penting.....
- Jauh tak dari kren dia angkat ...bebannya ?
Walau beban sekitar 0.5 ton..kalau angkat jauh-jauh ..bimbang jugak..
Di sini perlunya load chart....kaitan antara beban dan jauh dari kren yang dibolehkan.....
- Cuaca masa angkat...

Langkah keselamatan lain - Pastikan tiada orang/pekerja di bawah beban yang sedang diangkat.
Jauh dari tempat kerja...pastikan tiada orang berhampiran !

Kalau nak tengok ...jauh-jauhlah ...







Info - Construction ...

Dah lama sangat aku kerja di kilang sebelum ni..

Terfikir aku nak ubah angin...sambil nak jalan-jalan merantau.

Satu ketika dahulu ..lebih kurang 4 tahun dulu kalu tak silap , aku ada tanya isteri dan anak-anak.

Apa kata kita merantau jauh ..cari kerja jauh sikit .Kata anak-anak dan isteri .." Boleh juga ! "

Tiba-tiba ada peluang kerja di construction ..di Tengau.Tiba-tiba dapat. Pergilah..

Dalam benak ku..Tak de langsung pengalaman dalam construction..walaubagai mana pun kata orang zaman ni - " Maklumat di hujung jari "...

Jadi berikut beberapa info pasal construction ..boleh guna sebagai panduan kerja di tapak binaan

1. www.understandconstruction.com

2. www.constructionjargon.com

3. www.steelconstruction.com

Lagi satu ..aku ada kawan namanya  " Search Engine " ...itulah tool buat bantu aku keja di tapak bina..

Kalu dulu ..tak tau tanya sapa-sapa , tapi zaman whatsapp ni .Tak tau tanya pakcik " Goggle "..

Tapi bukan semua goggle boleh tolongkan...


Jacking - Tower Crane

Dulu ..dulu sebelum kerja di tapak , tertanya-tanya aku macam mana T.Crane ni di tambah tingginya.

Bila makin tinggi bangunan ..makin tinggi t.cranenya.Macam mana dia naik ?

Lepas tu.. bila kali pertama kerja di site..di Tengganu..Kena pulak uruskan Jacking !

Mencabar bukan...

Tapi terfikir satu ..alat tu (t.crane) di bina oleh Jurutera ..takkan tak de ciri-ciri keselamatannya semasa di jacking.mestilah ada.

Secara ringkas - Jacking satu cara di mana blok-blok(mast) kren di tambah untuk meninggikan kren.Ia ditambah oleh kren itu sendiri mengunakan pam hidrolik yang ada pada dirinya.Semasa hendak di tambah 'sendi-sendi' atau penyambung bahagian atas dan bawah di tangalkan di mana pada ketika ini bhg atas dan bawah dihubungkan atau dipegang oleh pam hidrolik di samping 'climbing frame' juga berfungsi memegang bhg kren atas.Pada masa ni...t.crane operator duduk dalam cabin atas dan control keseimbangan kren.Sapa takut buat ni..jangan kerja T.Crane operator... jawabnya boleh mengigil di buatnya....

Nak tau lebih lanjut dan senang mari tengok ia dijacking.



Masa buat kerja ni..suruh lah semua pekerja jangan buat kerja berhampiran T.crane yang sedang dijacking.

Elakan buat Jacking masa angin bertiup kencang..Paham-paham ajelah.



Tower Crane !

Tanpa Tower Crane - rasanya sangat susah nak buat bangunan tinggi-tinggi !

Tak kan nak guna sentiasa mobile crane ....

Rasanya ..dari mula sampai tower crane boleh digunakan..banyak hal nak kena buat..

Secara ringkas biasanya pendaftaran ke JKKP dibuat oleh pihak pembekal Tower Crane tu atau pihak
Kontraktor utama tapak bina.

Senang cerita kena ada kerjasama dari pihak Kontraktor dan Sub Con - Tower Crane.

Lepas tu..peralatan Tower Crane dihantar ketapak ...biasanya sampai 10 trailer panjang  !

Bila sampai di tapak ..kenalah jaga masa turunkan barang tu ..lalulintas di kawal ..dan lain-lain pemeriksaan PMA mobile crane , sijil operator mobile crane tu ..

Sebelum pasang di tapak..kenalah urus pemeriksaan tapak dengan JKKP.Bila OK ..baru pasang oleh pekerja yang kompetent.

Macam-macam yang diperlukan semasa pemeriksaan tapak seperti - maklumat lengkap Tower Crane tu, layout tapak , di mana di pasang di tapak , laporan ujian konkrit tapak dan sebagainya.

Dah siap pasang - panggil lagi JKKP untuk ujian beban , dan lain-lain pemeriksaan oleh JKKP.

Jika dalam report tertulis - Jentera Boleh Digunakan ..barulah boleh guna.

Selagi tak diberi kebenaran beroperasi..Jangan guna ! Kalau guna...memang nak kena !.

Lepas pemeriksaan ..biasanya aku tanya " Boleh mula digunakan En ? "..Bila JKKP officer tu jawab

Boleh !   .Woooo leganya dan seronoknya...


Aku pernah panjat ni...memang kena rehat sikit..lepas tu panjat lagi...wooo ..memang berisiko !

Video di bawah ni ..dapat gambaran cam ne dia dipasang .dan ditambah ketinggiannya ( Jacking ).


Monday, 21 September 2015

Alat Perlindungan Diri (PPE)

PPE ....

Peralatan Perlindungan Diri..

Inilah benda yang selalu dikaitkan bila kerja di tempat-tempat bahaya...

Misalnya ..kerja di tepi bangunan tinggi ..walau mahir macam mana pun..MESTI pakai..maklumlah jika tergelincir sekurang-kurangnya ada harapan lagi.Isha Allah..

Itu usaha...

Sebelum kerja tu eloklah di tambah ..baca Bismillah dan berdoa sebagai pelengkap kepada PPE..

" Semoga dijauhkan dari ..jatuh dari tempat tinggi ...Amin ! "



Mengenali Hazard !

Sebut saja hazard di tapak bina ---wwooo memang banyak.

Dari sekecil-kecil hazard hingga paling tinggi risikonya .Maut !

Hendaknya dijauhkan.Aku nak cerita panjang bukanlah ada masa sangat.Senang cerita baik kita dengar penerangan berkenaan hal ini.

Lagi pun nak tulis panjang sangat bukan orang minat sangat ! Orang suka dengar..Betul tak ?




Friday, 18 September 2015

Piling Work !

Sebut aje construction ..biasa ada kaitan dengan aktiviti pertama di tapak - Piling Work !

Aku nak cerita secara mendalam pun aku tak ambil civil engineering ..

Jadi mari kita tengok U Tube ne aje..dari sini kita nampak hazard yang ada ! dan fikir cam ne nak elak supaya kemalangan tak berlaku ..






Jack pile - yang atas ni aku pernah monitor kerjanya masa di Tengganu..

Selamat Menonton..mungkin boleh terhibur sambil belajar - construction dan safety !





Thursday, 17 September 2015

Pendahuluan - Selamat Datang !


Terima kasih kerana sudi melayari blog ini.

Tujuan blog ini di bina untuk menyampaikan Panduan Keselamatan & Kesihatan berkenaan kerja-kerja di tapak binaan.Sekadar yang mampulah....

Apa yang disampaikan tidak merujuk pada mana-mana tapak binaan.Ia sekadar catatan dari pengalaman berkerja di tapak-tapak binaan sebelum ini.

Untuk hiburkan hati pun ya juga..tiap orang kenalah tau menghiburkan hatinya sendiri.Betul tak ?.Kalau diri sendiri tak tau nak hiburkan diri sendiri..cam ne nak hiburkan hati org lain.Ye kan ?

Secara ringkas dari pengalaman ku.

Untuk kerja selesa dan selamat di tapak binaan perlu beri perhatian kepada perkara-perkara berikut :

1. Dokumen pekerja sah
2. Jaga kebersihan tapak dan rumah kongsi.
3. Semasa berkerja pekerja memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai mengikut hazard yang ada.
4. Dan lain-lain keperluan mengikut Akta Pekerjaan dan Kesihatan diikuti.

Isha Allah - selesa dan selamat di tapak binaan.

Terima kasih.