Tak kan nak guna sentiasa mobile crane ....
Rasanya ..dari mula sampai tower crane boleh digunakan..banyak hal nak kena buat..
Secara ringkas biasanya pendaftaran ke JKKP dibuat oleh pihak pembekal Tower Crane tu atau pihak
Kontraktor utama tapak bina.
Senang cerita kena ada kerjasama dari pihak Kontraktor dan Sub Con - Tower Crane.
Lepas tu..peralatan Tower Crane dihantar ketapak ...biasanya sampai 10 trailer panjang !
Bila sampai di tapak ..kenalah jaga masa turunkan barang tu ..lalulintas di kawal ..dan lain-lain pemeriksaan PMA mobile crane , sijil operator mobile crane tu ..
Sebelum pasang di tapak..kenalah urus pemeriksaan tapak dengan JKKP.Bila OK ..baru pasang oleh pekerja yang kompetent.
Macam-macam yang diperlukan semasa pemeriksaan tapak seperti - maklumat lengkap Tower Crane tu, layout tapak , di mana di pasang di tapak , laporan ujian konkrit tapak dan sebagainya.
Dah siap pasang - panggil lagi JKKP untuk ujian beban , dan lain-lain pemeriksaan oleh JKKP.
Jika dalam report tertulis - Jentera Boleh Digunakan ..barulah boleh guna.
Selagi tak diberi kebenaran beroperasi..Jangan guna ! Kalau guna...memang nak kena !.
Lepas pemeriksaan ..biasanya aku tanya " Boleh mula digunakan En ? "..Bila JKKP officer tu jawab
Boleh ! .Woooo leganya dan seronoknya...
Aku pernah panjat ni...memang kena rehat sikit..lepas tu panjat lagi...wooo ..memang berisiko !
Video di bawah ni ..dapat gambaran cam ne dia dipasang .dan ditambah ketinggiannya ( Jacking ).
Salam, nak tanya. Cara cara pemasangan tower crane berlainan ke setiap site?
ReplyDelete