Monday, 28 September 2015

Bacaan Al Quran - Kanak-Kanak !


Dalam FB banyak sangat Video-video yang pelbagai ragam dan hal.
Bukanlah tak baik , cuma bimbang habis masa tengok ..

Yang penting kita baca dan dengar Al Quran ..bimbang makin kurang kita menghayatinya.

Jadi terfikir aku nak kumpulkan beberapa video yang mengingatkan kepada kita

Lihatlah , dengarlah dan bacalah Al-Quran..







Sunday, 27 September 2015

Info Bagus Untuk Di Kongsi !

Dulu aku ada menyenaraikan beberapa web atau blog yang berfaedah buat rujukan kita

1. Satu berkenaan senarai rumah anak-anak yatim di Malaysia , alamatnya


2. Satu lagi berkenaan pelbagi maklumat ilmu pengetahuaan berkenaan Islam,
alamatnya


Kalau ada masa , mana tau anda banyak RM nak disedekahkan bolehlah sedekah kat rumah anak-anak yatim !






Friday, 25 September 2015

Buat Kenang-kenangan ! Di Jordan ....



Waktu pagi mendarat di Lapangan Terbang Jordan !























Maklumat lanjut berkenaan kolej ini sila layari


Mudah-mudahan Allah berikan rezeki semoga dapat melihat bumi Allah yang indah...
Semoga menambah keimanan kita kepadaNya.

Amin



Scaffolding !

Scaffold ( Perancah ) salah satu struktur sementara yang penting untuk kerja binaan.

Seperti T.Crane ..ia juga sangat penting..

Secara ringkas .Ia perlu di pasang oleh pekerja yang kompetent.Diperiksa oleh orang yang kompetent juga...

Sebenarnya pada semua bahagian yang mengunakan sokongan Scaffold perlu di pasang dengan betul dan kuat.

Dari pemerhatian ku , jika tinggi struktur slab/beam yang hendak disokong maka perancah perlulah lebih kuat dipasang ..secara double atau lebih.Ikut beban yang perlu ditanggung !

Kalau di pasang di tepian bangunan..lagi perlu diteliti betul-betul..


Perlulah diingat Profesional Engineer (P.E.) diperlukan bagi merancang susunatur scaffold yang akan dipasang di tapak binaan.Keperluan ini ada dinyatakan dalam Akta Kilang dan Jentera ( Kerja Pembinaan ).Untuk lebih memahami sila rujuk akta ini.....




Penyejuk Mata....

Sesekali aku suka melihat gambar pemandangan..berikut beberapa pemandangan yang aku suka tengok buat tenangkan jiwa..buat hilangkan penat lelah...





Cara Baca Load Chart & Hand Signal

Load Chart sangat penting sebagai panduan aktiviti mengangkat barang mengunakan kren.

Mari sama-sama memahami dengan melihat U-tube ni ..


Bagi membantu kren operator , tugas signalman diperlukan seperti di bawah ni....






Wednesday, 23 September 2015

Selang Seli Kerja !

Sempana Hari Raya Korban..baliklah kampong..

Yalah masa kerja ..kerja.Masa beraya..rayalah.Hidup tak kan nak fikir kerja aje..

Kalau difikir ..kerja adalah untuk menyambung hidup ..tapi bukan tujuan hidup .Betul tak ?

Di kampong ..sambil rehat-rehat ternampak satu Kalendar ..Isinya bagus ..banyak kata hikmat di dalamnya .Ingin aku catatkan sebahagian yang aku baca sebagai Panduan Hidup seharian

1. Hidup ini,kalau kita tidak mendapat apa yang kita suka, sukailah apa yang kita dapat.Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripada Allah. ( Nasihat Orang Tua ).

2. Perkara yang penting itu adalah urusan akhirat.Kita semua akan mati ....

Tetapi berapa ramaikah daripada kita yang ambil peduli dengan urusan akhirat ?
( Nasihat Ustaz ).

3. Dalam mendidik anak, utamakanlah perkara yang asas iaitu solat dan baca Al-Quran.Selesaikan ilmu fardu ain sebelum anak-anak cukup umur.In Sha Allah , perkara-perkara yang selain dari itu akan jadi mudah untuk anak-anak. ( Nasihat Ustaz ).


4. Sesiapa gembira dengan kebaikannya, dan sedih dengan keburukannya, dia adalah Mukmin.

( Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad & Imam Al- Hakim ).

5. Setiap kata-kata itu adalah doa.Kalau berkata baik , maka baiklah yang berlaku.Kalau berkata buruk , maka yang buruk akan berlaku (hartawan beriman )


Dari 1 - 5 di atas , saya taip seperti asal catatannya.

Semoga jadi panduan termasuk diri saya sendiri.wassalam

Tuesday, 22 September 2015

Crawler & Mobile Crane

Biasanya di awal-awal pembinaan , semasa peringkat kerja 'Ground Work ' dua jenis crane ini biasa digunakan....

Tanpa crane ini ..Tower Crane agak sukar untuk dipasang..

Beban yang diangkat mengikut kapasiti kren tu lah...dalam bahasa mudah makin berat kren tu makin berat juga beban yang boleh di angkat.

Tapi ingat...tiap kren ada limit/had nya..bukan main angkat aje ...

Disinilah perlunya " Load Chart " untuk kren dan Tower Crane....

Baru-baru ni aku terjumpa video - pasal keupayaan kren ni..rasanya di M'sia belum ada demo macam ni..Mari kita tonton..!


Woooo..hebatkan....

Aku rasa ..bukan aku rasa , memang mereka dah kira sebelum angkat...!

Crawler crane - berantai
Mobile crane - bertayar

Biasanya sebelum crane ni beroperasi, kenalah periksa sikit.

- PMA ok tak ? masih hidup ?
- Operatornya ada sijil tak dari JKKP ? Masih hidup ?
- Keadaan crane tu
- Selalu aku tanya , dah berapa lama bang/pak cik bawa kren ?
Kalau dia jawab dah 3 , 4 tahun..maknanya berpengalaman dan menyakinkan...tapi kalau baru dapat lesen...emmm kenalah monitor lebih sikitkan...
- Keadaan tapak ? Ini penting.....
- Jauh tak dari kren dia angkat ...bebannya ?
Walau beban sekitar 0.5 ton..kalau angkat jauh-jauh ..bimbang jugak..
Di sini perlunya load chart....kaitan antara beban dan jauh dari kren yang dibolehkan.....
- Cuaca masa angkat...

Langkah keselamatan lain - Pastikan tiada orang/pekerja di bawah beban yang sedang diangkat.
Jauh dari tempat kerja...pastikan tiada orang berhampiran !

Kalau nak tengok ...jauh-jauhlah ...







Info - Construction ...

Dah lama sangat aku kerja di kilang sebelum ni..

Terfikir aku nak ubah angin...sambil nak jalan-jalan merantau.

Satu ketika dahulu ..lebih kurang 4 tahun dulu kalu tak silap , aku ada tanya isteri dan anak-anak.

Apa kata kita merantau jauh ..cari kerja jauh sikit .Kata anak-anak dan isteri .." Boleh juga ! "

Tiba-tiba ada peluang kerja di construction ..di Tengau.Tiba-tiba dapat. Pergilah..

Dalam benak ku..Tak de langsung pengalaman dalam construction..walaubagai mana pun kata orang zaman ni - " Maklumat di hujung jari "...

Jadi berikut beberapa info pasal construction ..boleh guna sebagai panduan kerja di tapak binaan

1. www.understandconstruction.com

2. www.constructionjargon.com

3. www.steelconstruction.com

Lagi satu ..aku ada kawan namanya  " Search Engine " ...itulah tool buat bantu aku keja di tapak bina..

Kalu dulu ..tak tau tanya sapa-sapa , tapi zaman whatsapp ni .Tak tau tanya pakcik " Goggle "..

Tapi bukan semua goggle boleh tolongkan...


Jacking - Tower Crane

Dulu ..dulu sebelum kerja di tapak , tertanya-tanya aku macam mana T.Crane ni di tambah tingginya.

Bila makin tinggi bangunan ..makin tinggi t.cranenya.Macam mana dia naik ?

Lepas tu.. bila kali pertama kerja di site..di Tengganu..Kena pulak uruskan Jacking !

Mencabar bukan...

Tapi terfikir satu ..alat tu (t.crane) di bina oleh Jurutera ..takkan tak de ciri-ciri keselamatannya semasa di jacking.mestilah ada.

Secara ringkas - Jacking satu cara di mana blok-blok(mast) kren di tambah untuk meninggikan kren.Ia ditambah oleh kren itu sendiri mengunakan pam hidrolik yang ada pada dirinya.Semasa hendak di tambah 'sendi-sendi' atau penyambung bahagian atas dan bawah di tangalkan di mana pada ketika ini bhg atas dan bawah dihubungkan atau dipegang oleh pam hidrolik di samping 'climbing frame' juga berfungsi memegang bhg kren atas.Pada masa ni...t.crane operator duduk dalam cabin atas dan control keseimbangan kren.Sapa takut buat ni..jangan kerja T.Crane operator... jawabnya boleh mengigil di buatnya....

Nak tau lebih lanjut dan senang mari tengok ia dijacking.



Masa buat kerja ni..suruh lah semua pekerja jangan buat kerja berhampiran T.crane yang sedang dijacking.

Elakan buat Jacking masa angin bertiup kencang..Paham-paham ajelah.



Tower Crane !

Tanpa Tower Crane - rasanya sangat susah nak buat bangunan tinggi-tinggi !

Tak kan nak guna sentiasa mobile crane ....

Rasanya ..dari mula sampai tower crane boleh digunakan..banyak hal nak kena buat..

Secara ringkas biasanya pendaftaran ke JKKP dibuat oleh pihak pembekal Tower Crane tu atau pihak
Kontraktor utama tapak bina.

Senang cerita kena ada kerjasama dari pihak Kontraktor dan Sub Con - Tower Crane.

Lepas tu..peralatan Tower Crane dihantar ketapak ...biasanya sampai 10 trailer panjang  !

Bila sampai di tapak ..kenalah jaga masa turunkan barang tu ..lalulintas di kawal ..dan lain-lain pemeriksaan PMA mobile crane , sijil operator mobile crane tu ..

Sebelum pasang di tapak..kenalah urus pemeriksaan tapak dengan JKKP.Bila OK ..baru pasang oleh pekerja yang kompetent.

Macam-macam yang diperlukan semasa pemeriksaan tapak seperti - maklumat lengkap Tower Crane tu, layout tapak , di mana di pasang di tapak , laporan ujian konkrit tapak dan sebagainya.

Dah siap pasang - panggil lagi JKKP untuk ujian beban , dan lain-lain pemeriksaan oleh JKKP.

Jika dalam report tertulis - Jentera Boleh Digunakan ..barulah boleh guna.

Selagi tak diberi kebenaran beroperasi..Jangan guna ! Kalau guna...memang nak kena !.

Lepas pemeriksaan ..biasanya aku tanya " Boleh mula digunakan En ? "..Bila JKKP officer tu jawab

Boleh !   .Woooo leganya dan seronoknya...


Aku pernah panjat ni...memang kena rehat sikit..lepas tu panjat lagi...wooo ..memang berisiko !

Video di bawah ni ..dapat gambaran cam ne dia dipasang .dan ditambah ketinggiannya ( Jacking ).


Monday, 21 September 2015

Alat Perlindungan Diri (PPE)

PPE ....

Peralatan Perlindungan Diri..

Inilah benda yang selalu dikaitkan bila kerja di tempat-tempat bahaya...

Misalnya ..kerja di tepi bangunan tinggi ..walau mahir macam mana pun..MESTI pakai..maklumlah jika tergelincir sekurang-kurangnya ada harapan lagi.Isha Allah..

Itu usaha...

Sebelum kerja tu eloklah di tambah ..baca Bismillah dan berdoa sebagai pelengkap kepada PPE..

" Semoga dijauhkan dari ..jatuh dari tempat tinggi ...Amin ! "



Mengenali Hazard !

Sebut saja hazard di tapak bina ---wwooo memang banyak.

Dari sekecil-kecil hazard hingga paling tinggi risikonya .Maut !

Hendaknya dijauhkan.Aku nak cerita panjang bukanlah ada masa sangat.Senang cerita baik kita dengar penerangan berkenaan hal ini.

Lagi pun nak tulis panjang sangat bukan orang minat sangat ! Orang suka dengar..Betul tak ?




Friday, 18 September 2015

Piling Work !

Sebut aje construction ..biasa ada kaitan dengan aktiviti pertama di tapak - Piling Work !

Aku nak cerita secara mendalam pun aku tak ambil civil engineering ..

Jadi mari kita tengok U Tube ne aje..dari sini kita nampak hazard yang ada ! dan fikir cam ne nak elak supaya kemalangan tak berlaku ..






Jack pile - yang atas ni aku pernah monitor kerjanya masa di Tengganu..

Selamat Menonton..mungkin boleh terhibur sambil belajar - construction dan safety !





Thursday, 17 September 2015

Pendahuluan - Selamat Datang !


Terima kasih kerana sudi melayari blog ini.

Tujuan blog ini di bina untuk menyampaikan Panduan Keselamatan & Kesihatan berkenaan kerja-kerja di tapak binaan.Sekadar yang mampulah....

Apa yang disampaikan tidak merujuk pada mana-mana tapak binaan.Ia sekadar catatan dari pengalaman berkerja di tapak-tapak binaan sebelum ini.

Untuk hiburkan hati pun ya juga..tiap orang kenalah tau menghiburkan hatinya sendiri.Betul tak ?.Kalau diri sendiri tak tau nak hiburkan diri sendiri..cam ne nak hiburkan hati org lain.Ye kan ?

Secara ringkas dari pengalaman ku.

Untuk kerja selesa dan selamat di tapak binaan perlu beri perhatian kepada perkara-perkara berikut :

1. Dokumen pekerja sah
2. Jaga kebersihan tapak dan rumah kongsi.
3. Semasa berkerja pekerja memakai peralatan perlindungan diri yang sesuai mengikut hazard yang ada.
4. Dan lain-lain keperluan mengikut Akta Pekerjaan dan Kesihatan diikuti.

Isha Allah - selesa dan selamat di tapak binaan.

Terima kasih.