Friday, 1 April 2016

Balik Kerja - Ternampak Tempat Makan Unik !

Semalam ( 31/3/2016 ) balik dari tempat kerja , semasa perjalanan balik ternampak satu tempat makan yang agak unik sikit...

Jadi singahlah ..oooo..tempat makan berkonsepkan 'kontena' ..!

Tanya dulu pekerjanya , Boleh sambil-sambil makan ambik gambar ? Katanya boleh..

Tempatnya di Jalan Abdullah Tahir , JB..kalau makan malam rasanya best ni...












Wednesday, 30 March 2016

Wednesday, 6 January 2016

Peluang Tengok Kerja Masukkan Cable Di Bawah Tanah

Satu petang , ternampak satu syarikat membuat kerja-kerja memasang saluran untuk cable bawah tanah.

Setelah minta izin , aku diberi peluang ambil gambar kerja-kerja tu...

Berikut gambar dan video yang aku dapat rakamkan.




Video yang dapat aku ambil ketika jentera ni menarik saluran cable ke dalam tanah..



Jentera drilling yang digunakan yang selalu kita nampak di tepi jalan raya

Aku coba loading video yang aku ambil kerja ni, tapi tak dapat load sebab terlalu besar kata goggle masa upload

Jadi aku sertakan beberapa U Tube yang aku jumpa..

Bagus untuk mereka yang berkerja di bidang atau para jurutera ..terutama Civil Engineer.





Penerangan lebih ilmiah 


Friday, 25 December 2015

Cuti - Masa Rehatkan Minda Di Desaru ....

Semalam 25 Disember 2015 , setelah penat berkerja ..sesekali teringin bawak anak-anak jalan-jalan.

Kemana ? - sekitar Desaru...lama dah tak pergi sana..

Sempat ambil beberapa gambar dan video buat tatapan ..

Pada yang tak biasa tempat ni - Inilah Peta Sekitar Desaru...




Tempat pertama dilawati Pengkalan Feri - Tg Belungkor , Desaru.Tak pernah pergi sini..


Biasalah..ambillah gambar kat situ...


Rekod Perasmian Feri Tg Belungkor

Lepas tu menuju ke Sg Rengit ,, masa pun dah tengahari ..


Sampai di Sg Rengit - singah kejap satu warong tepi laut.
Cantikkan, anginnya kuat  bukan sepoi-sepoi ...dari sini nampak kapal banyak berlabuh di laut
Nampak tak platform untuk cari gali minyak sedang berlabuh/dibina..disini.




Memang tak rugi datang kat sini....

Warung yang aku singah yang masak Mak Cik ..orang tempatan.Kata isteri ku , kalau Mak Cik masak mesti sedap..yanglah orang lama dan berpengalaman.
Betul - memang sedap...

Lepas tu pergilah sembahyang Jumaat, di masjid Sg Rengit..ramai orang Bangla semasa dimasjid ni

Yalah pekerja di projek-projek yang banyak di Pengerang ni..Projek Petronas !

Lepas tu jalan-jalan disepanjang jalan dari Sg Rengit ke arah Teluk Ramunia





Sempat ambil video persekitaran di Pantai Tg Balau..memang cantik
Tapi kalau mandi hati-hati...ombak besar wooo...


Ya ..satu yang jarang kita lalu..jambatan merentas Sg Johor dari JB ke Desaru..

Cuma terfikir , kenapalah berhampiran atau ditepian jambatan ni tak di bina tempat rehat untuk mereka yang lalu sini...sayang

Kan bagus kalu dibina sekurangnya ..mereka boleh menikmati keindahan sekitar jambatan ni....sambil makan-makan....




Jambatan Sg Johor dari U Tube yang aku jumpa...


Dari U Tube - bila lalu jambatan ni...